Terdapat beberapa jenis kulit manusia iaitu Kering, Berminyak, Kombinasi dan Normal(jarang dikalangan mereka yang sudah mencapai akil baligh). Berdasarkan jenis kulit maka jenis foundation yang digunakan juga berlainan. foundation berbentuk cecair adalah sangat efektif kepada mereka yang ingin kelihatan segar, dan yang ingin menutup liang2 roma yang yang besar atau bekas-bekas jerawat. Manakala foundation yang berbentuk 2way cake atau dual coverage foundation boleh digunakan oleh mereka yang inginkan sesuatu yang ringkas dan cepat dan ianya bersifat foundation+bedak. Mineral powder loose powder sesuai untuk yang inginkan kulit lebih kelihatan rata dan halus mereka disamping mengawal dan menyerap minyak untuk jangka masa yang panjang.
Kulit kering
Ciri kulit kering adalah mereka mempunyai saiz liang roma yang kecil, garis-garis halus jelas kelihatan disekitar mata dan bahagian mulut. Kulit kering disebabkan oleh beberapa faktor seperti usia iaitu hormon kita makin menurun, faktor persekitaran seperti terdedah kepada suhu yang sangat sejuk ataupun sangat panas, dan yang sering berlaku ialah disebakan oleh penggunanaan pencuci yang sangat banyak buihnya.
Mereka yang didalam kategorinya ini memerlukan foundation/bedak asas yang mempunyai 2 peranan iaitu melindung dan melembapkan balik kulit mereka. jadi mereka memerlukan pelindungan penuh(full coverage). jadi untuk MaryKay Produk foundation yang digunakan adalah full coverage foundation.
Kulit Berminyak
Ciri kulit berminyak adalah mereka mempunyai saiz liang roma yang besar 'dan mempunyai masalah 'white head' setiap kali anda mencuci muka anda dalam masa 1 jam kulit mereka kelihatan berminyak kembali. Kulit berminyak ini juga mungkin disebabkan oleh faktor hormon dan penjagaan kulit muka yang tidak betul.
Bagi mengatasi kulit yang berminyak ini, penggunaa foundation yang sesuai adalah foundation/bedak asas yang berfungsi mengawal pengeluaran minyak ataupun foundation yang tidak mengandungi minyak didalamnya. foundation ini bersifat separuh pelindung/medium coverage . Disini produk Mary Kay yang sesuai adalah Medium coverage foundation yang mana berfungsi mengawalan pengeluaran minyak dan dikuti menyapu mineral powder foundation yang berfungsi menyerap lebihan minyak pada muka anda. Anda juga digalakan menggunakan Sheer mineral pressed powder bagi tujuan untuk kemasan setiap kali selepas memakai foundation ataupun selepas 2-3 jam anda memakai foundation.
Kulit Kombinasi
kulit jenis ini mempunyai keadaan di mana 'T-zone' mereka berminyak manakala 'U-zone' mereka normal atau kering. Anda yang mempunyai kulit seperti ini akan mempunyai kulit yang kelihatan tidak sekata dan juga sering mengalami masalah 'white- head'.
Kulit jenis ini memerlukan foundation yang berfungsi mengawal minyak pada kulit. foundation yang sesuai adalah medium coverage foundation.
diharap ini membantu anda memilih foundation yang bersuaaian untuk anda. sebarang komen dan pertanyaan, di alu-alukan
No comments:
Post a Comment